Berita Baik - Kempen Sehari Seringgit Dilancarkan !
Rebut Peluang Pahala Infaq Mengalir Setiap Hari.
Niat dalam hati selalu nak sedekah setiap hari, tapi kekangan dan komitmen seharian buat kita lupa dan tak sempat.
Alkhairi Charity Organization sedang menjalankan kempen Sehari Seringgit. Kempen ini diprogramkan khas untuk kita yang tidak mahu terlepas untuk berinfaq setiap hari walaupun RM1.
Setiap dana yang disumbangkan akan diagihkan kepada setiap program Alkhairi Charity Organization. Boleh klik button ‘All Campaign’ diatas untuk lihat program-program charity yang sedang berjalan.
OBJEKTIF KEMPEN
- Memudahkan para penginfaq untuk sentiasa menginfaq setiap hari.
- Memenuhi dan menyempurnakan hajat asnaf dan mereka yang memerlukan.
- Memudahkan pelaksanaan setiap program Alkhairi Charity Organization.
- Menampung kos yang tidak cukup untuk setiap program Alkhairi Charity Organization.
TERMA & SYARAT
- Penolakan RM1 akan ditolak untuk setiap pendaftaran baharu.
- Penolakan RM30 akan ditolak secara automatik setiap bulan pada 26hb – 7hb.
- Setiap program charity yang dilakukan akan di‘update’ dari semasa ke semasa melalui Facebook Page AKCO.
- Penginfaq dibenarkan untuk ‘unsubscribe’ sekiranya tidak mahu meneruskan lagi kempen Sehari Seringgit.
BANTUAN ISU SEMASA DI MALAYSIA
BANTUAN ASNAF LUAR NEGARA
Akad sertai kempen:
“Saya memahami dan bersetuju sepenuhnya dengan Terma & Syarat perkhidmatan Direct Debit dan saya mengakui bahawa setelah berjaya melengkapkan borang dalam talian ini, RM 1.00 akan didebitkan dari akaun terpilih saya untuk memastikan akaun tersebut adalah aktif bagi tujuan permohonan perkhidmatan ini. PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-KHAIRI mengikut budi bicaranya boleh mengembalikan wang RM1.00 tertakluk kepada terma & syaratnya sendiri.”