Ongoing

Solidarity Fund Uganda

AKCO Education, Humanity Campaign

Telaga Pam Air, Waqaf Al-Quran, Aqiqah & Sedekah dan Pek Makanan untuk golongan miskin di Uganda.

Uganda merupakan sebuah negara tidak berpantai yang terletak Afrika Timur, yang bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu Kenya, Tanzania, Rwanda dan Sudan. Uganda terkenal dengan jolokan Mutiara Afrika, dengan kota Kampala sebagai ibu negara ini.

Kemiskinan di Uganda adalah perkara biasa, yang mana 65% rakyatnya hidup dibawah kemiskinan.

4 sukarelawan AKCO berlepas ke Uganda 4 sukarelawan AKCO berlepas ke Uganda

4 sukarelawan AKCO berlepas ke Uganda – Baca laporan berita di sini

 

0 %
miskin

Rakyat Uganda terutama di Kenya, Tanzania, Rwanda dan Sudan hidup dibawah kemiskinan.

Perkembangan misi Solidarity Fund Uganda:


Play


Play

Previous
Next

Keterangan Perjalanan Kempen

Perjalanan pihak Alkhairi Charity Organization ke Uganda adalah membawa misi kebajikan terus kepada mereka serta mendapatkan gambar yang lebih jelas mengenai keadaan kemiskinan yang melarat di sana.

Perjalanan ini dicadangkan untuk membawa RM750,000 untuk menjalankan kerja kebajikan di sana merangkumi:

infaq telaga air uganda

Telaga Pam Air

Warga pedalaman di Uganda hidup dengan air yang sangat kritikal. Mereka terpaksa berjalan lebih 5 kilometer dari kediaman menjinjing galon air untuk ke sumber air.

Tambahan pula, sumber air pula tercemar dan mengandungi pelbagai penyakit. Namun apakan daya, itu sahajalah air buat mereka meneruskan hidup. Air inilah punca penyakit seperti taun, disenteri dan kekurangan zat.

Rancangan Program & Tindakan

  • Sasaran Kutipan: RM100K

Konsep Program

Pembinaan telaga kepada asnaf yang tinggal di perkampungan Muslim sekitar daerah Budaka, timur Uganda.


Golongan Sasaran

Masyarakat asnaf di perkampungan Muslim yang mempunyai akses terhad kepada sumber air.


Kaedah Pelaksanaan

  1. Mengenal pasti lokasi pembinaan telaga
  2. Menggali lubang sedalam 40 kaki
  3. Memasang tiub utama pada permukaan telaga
  4. Membina lantai di permukaan telaga
  5. Memasang pam air
  6. Telaga siap dibina.


Support Now

Infaq Al-Quran Muslim Uganda

Waqaf Al-Quran

Al-Quran merupakan wahyu tuhan yang sangat Agung. Namun anak-anak di Uganda ini terpaksa mendalami kalam tuhan ini dalam keadaan yang sangat daif. Mereka menulis bait-bait suci pada potongan kayu dan kulit haiwan.

Rancangan Program & Tindakan

  • Sasaran Kutipan: RM150K

Konsep Program

Sumbangan Al-Quran Wakaf bagi memberi keselesaan dalam mendalami ilmu Al-Quran.


Golongan Sasaran

Anak-anak Afrika yang belajar Al-Quran serba daif menggunakan kulit kayu dan papan.


Kaedah Pelaksanaan

Pihak Alkhairi Charity Organization akan membeli Al-Quran secara pukal di sana dan mengagihkannya kepada anak-anak Budaka dan memberi semangat kepada mereka untuk terus mempelajari Al-Quran dalam suasana yang selesa.


Support Now

Aqiqah Daging Muslim Uganda

Sedekah Daging

Kehidupan suku kampung di Uganda ini banyak mengambil sumber tanaman sebagai sumber utam makanan harian mereka. Oleh yang demikian Alkhairi Charity Organization berhasrat untuk menyediakan bahan berdaging buat makanan mereka, melalui sedekah daging atau ibadah Aqiqah.

Pihak kami turut berhasrat untuk menjalankannya secara mingguan atau bulanan.

Rancangan Program & Tindakan

  • Sasaran Kutipan: RM100K

Konsep Program

Pengagihan daging sedekah sama ada lembu atau kambing kepada masyarakat setempat.


Golongan Sasaran

Masyarakat asnaf di perkampungan Muslim yang hidup dalam kemiskinan.


Kaedah Pelaksanaan

  1. Menyembelih daging hasil sumbangan sedekah rakyat Malaysia
  2. Daging akan diagihkan kepada masyarakat setempat.
  3. u2018Soup kitchenu2019 juga dibuat untuk menjamu anak-anak Uganda dengan pihak Alkhairi Charity turut memasak masakan berasaskan daging sedekah tersebut.


Support Now

pek makanan

Pek Makanan

Sumbangan barangan makanan keperluan asas amatlah dititkberatkan pihak Alkhairi Charity Organization untuk asnaf muslim di Uganda.

Barangan keperluan asas ini merangkumi makanan ruji mereka iaitu tepung jagung untuk membuat ugali, minyak masak, serbuk teh, sayur-sayuran dan beberapa item lain yang diperlukan.

Rancangan Program & Tindakan

  • Sasaran Kutipan: RM100K

Konsep Program

Pengagihan pek makanan asasi kepada golongan sasaran.


Golongan Sasaran

Keluarga asnaf di perkampungan Muslim yang terkesan dengan krisis kebuluran.


Kaedah Pelaksanaan

Pihak Alkhairi Charity akan mengagihkan bahan makanan keperluan asas orang Uganda seperti tepung jagung (untuk Ugali), sayur-sayuran dan lain-lain bahan kepada keluarga asnaf secara one-off.


Support Now

umum

Tabung Umum

Warga pedalaman di Uganda hidup dengan air yang sangat kritikal. Mereka terpaksa berjalan lebih 5 kilometer dari kediaman menjinjing galon air untuk ke sumber air.

Tambahan pula, sumber air pula tercemar dan mengandungi pelbagai penyakit. Namun apakan daya, itu sahajalah air buat mereka meneruskan hidup. Air inilah punca penyakit seperti taun, disenteri dan kekurangan zat.

  • Sasaran Kutipan: RM50K


Support Now

Tabung Pembinaan Masjid

Masyarakat Muslim di Uganda adalah minoriti & diabaikan oleh kerajaan disana, Masjid atau surau disana sangat kurang & terlalu dhaif, Demi untuk menegakkan syariat islam disana, komuniti disana sepakat untuk membina masjid atau surau menggunakan sumber yang sedia ade seperti tiang menggunakan batang kayu,, Atap & lantai ditutup menggunakan hanya pelepah daun kering, keadaan masjid & surau begitu dhaif ini tidak ubah seperti masjid zaman Nabi.

Tidak tergamak kami membiarkan sahaja keadaan saudara seagama yang sangat memerlukan bantuan dari kita. Ayuh kita bantu bina masjid rumah ibadah yang lebih sempurna buat mereka.

Support Solidarity Fund Uganda Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
Read our news & blog

Sumbangan berbentuk cek atau tunai boleh disalurkan melalui akaun bank rasmi Pertubuhan Kebajikan Alkhairi seperti di bawah:

Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Alkhairi
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No. Akaun : 12038010143824
Cawangan : Denai Alam Branch

Support Solidarity Fund Uganda Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-015-10-08022021)