Perkembangan misi Solidarity Fund Uganda:
Play
Play
Previous
Next
Keterangan Perjalanan Kempen
Perjalanan pihak Alkhairi Charity Organization ke Uganda adalah membawa misi kebajikan terus kepada mereka serta mendapatkan gambar yang lebih jelas mengenai keadaan kemiskinan yang melarat di sana.
Perjalanan ini dicadangkan untuk membawa RM750,000 untuk menjalankan kerja kebajikan di sana merangkumi:
Telaga Pam Air
Warga pedalaman di Uganda hidup dengan air yang sangat kritikal. Mereka terpaksa berjalan lebih 5 kilometer dari kediaman menjinjing galon air untuk ke sumber air.
Tambahan pula, sumber air pula tercemar dan mengandungi pelbagai penyakit. Namun apakan daya, itu sahajalah air buat mereka meneruskan hidup. Air inilah punca penyakit seperti taun, disenteri dan kekurangan zat.
Rancangan Program & Tindakan
- Sasaran Kutipan: RM100K
Konsep Program
Pembinaan telaga kepada asnaf yang tinggal di perkampungan Muslim sekitar daerah Budaka, timur Uganda.
Golongan Sasaran
Masyarakat asnaf di perkampungan Muslim yang mempunyai akses terhad kepada sumber air.
Kaedah Pelaksanaan
- Mengenal pasti lokasi pembinaan telaga
- Menggali lubang sedalam 40 kaki
- Memasang tiub utama pada permukaan telaga
- Membina lantai di permukaan telaga
- Memasang pam air
- Telaga siap dibina.
Waqaf Al-Quran
Al-Quran merupakan wahyu tuhan yang sangat Agung. Namun anak-anak di Uganda ini terpaksa mendalami kalam tuhan ini dalam keadaan yang sangat daif. Mereka menulis bait-bait suci pada potongan kayu dan kulit haiwan.
Rancangan Program & Tindakan
- Sasaran Kutipan: RM150K
Konsep Program
Sumbangan Al-Quran Wakaf bagi memberi keselesaan dalam mendalami ilmu Al-Quran.
Golongan Sasaran
Anak-anak Afrika yang belajar Al-Quran serba daif menggunakan kulit kayu dan papan.
Kaedah Pelaksanaan
Pihak Alkhairi Charity Organization akan membeli Al-Quran secara pukal di sana dan mengagihkannya kepada anak-anak Budaka dan memberi semangat kepada mereka untuk terus mempelajari Al-Quran dalam suasana yang selesa.
Sedekah Daging
Kehidupan suku kampung di Uganda ini banyak mengambil sumber tanaman sebagai sumber utam makanan harian mereka. Oleh yang demikian Alkhairi Charity Organization berhasrat untuk menyediakan bahan berdaging buat makanan mereka, melalui sedekah daging atau ibadah Aqiqah.
Pihak kami turut berhasrat untuk menjalankannya secara mingguan atau bulanan.
Rancangan Program & Tindakan
- Sasaran Kutipan: RM100K
Konsep Program
Pengagihan daging sedekah sama ada lembu atau kambing kepada masyarakat setempat.
Golongan Sasaran
Masyarakat asnaf di perkampungan Muslim yang hidup dalam kemiskinan.
Kaedah Pelaksanaan
- Menyembelih daging hasil sumbangan sedekah rakyat Malaysia
- Daging akan diagihkan kepada masyarakat setempat.
- u2018Soup kitchenu2019 juga dibuat untuk menjamu anak-anak Uganda dengan pihak Alkhairi Charity turut memasak masakan berasaskan daging sedekah tersebut.
Pek Makanan
Sumbangan barangan makanan keperluan asas amatlah dititkberatkan pihak Alkhairi Charity Organization untuk asnaf muslim di Uganda.
Barangan keperluan asas ini merangkumi makanan ruji mereka iaitu tepung jagung untuk membuat ugali, minyak masak, serbuk teh, sayur-sayuran dan beberapa item lain yang diperlukan.
Rancangan Program & Tindakan
- Sasaran Kutipan: RM100K
Konsep Program
Pengagihan pek makanan asasi kepada golongan sasaran.
Golongan Sasaran
Keluarga asnaf di perkampungan Muslim yang terkesan dengan krisis kebuluran.
Kaedah Pelaksanaan
Pihak Alkhairi Charity akan mengagihkan bahan makanan keperluan asas orang Uganda seperti tepung jagung (untuk Ugali), sayur-sayuran dan lain-lain bahan kepada keluarga asnaf secara one-off.
Tabung Umum
Warga pedalaman di Uganda hidup dengan air yang sangat kritikal. Mereka terpaksa berjalan lebih 5 kilometer dari kediaman menjinjing galon air untuk ke sumber air.
Tambahan pula, sumber air pula tercemar dan mengandungi pelbagai penyakit. Namun apakan daya, itu sahajalah air buat mereka meneruskan hidup. Air inilah punca penyakit seperti taun, disenteri dan kekurangan zat.
- Sasaran Kutipan: RM50K